Monday, June 29, 2009

SATU - Diva No 1 Malaysia Dato Siti Nurhaliza

Kepuasan terpancar tatkala melihat kesemua penonton pulang dengan penoh 1001 rasa di malam terakhir Konsert Ekslusif SATU oleh Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza Taruddin. Permulaan opening konsert oleh bekas pelajar AF5 yang juga tetamu raya tetap beliau iaitu Aizat dengan lagu berhantunya Hanya Kau Yang Mampu ditemani pemuzik2nya sendiri sangat memaukau dan memanaskan Panggung Sari Istana Budaya malam itu. Seterusnya percubaan nafas baru bagi lagu Diva ini, Engkau Bagaikan Permata cukup mengagumkan para penonton yang turiut juga dihadiri oleh bekas perdana menteri keempat kita, Tun Dr Mahadhir Mohammad dan isteri, penyanyi dari seberang juga sahabat karib Dato Ct, Kris Dayanti dan Rossa tak lupa juga artis2 tanah air seperti Raja Pop Jamal Abdillah, Ifa Raziah dan Fazli Zainal (duduk kat belakang aku) dan juga kaum suami tercinta Dato CT, Dato Khalid, Ibu dan ibu mertua juga saudara maranya.

Kehadiran Diva no 1 ini dengan lontaran vocal yang tidak boleh dipertikaikan mendendangkan lagu Hati Malaya mendapat tepukan sangat gemuruh oleh semua... Auranya seluruh panggung merasai. Mendendangkan sebanyak 30 buah lagu beliau yang menceritakan permulaan perjalan karier seni, jatuh bangun, pahit manis, suka dukanya sebagai anak seni dan di akhiri dengan lagu ciptaannya sendiri iaitu Cahay Cinta bagaikan tidak puas kami terlena dengan alunan vocal dan muzik oleh Aubrey Suwito dan para penari dari Pat Ibrahim. Apa yang boleh aku katakan, konsert kali ini lain dari yang lain yang pernah beliau jayakan. Sesuailah dengan harapan Perdana Menteri kita yang menyarankan konsert SATU ini dilunaskan oleh Dato Siti Nurhaliza. Syabas diucapkan...

P/S: menanti pula Konsert Okestra LELAKI INI by Anuar Zain 1&2 July ini..
Kostum pembukaan konsert yang memukau... Layaklah beliau sebagai DIVA...

Kostum hijau (kesukaan aku) bagi segmen etnik kreatif... Persembahan kali ini berlainan dengan segmen seperti ini yang pernah dilakukan.... Set & Props pentas yang canggih dr Istana Budaya menyemarakkan lagi persembahan beliau...

Kostum Kimono ini ketika mendendangkan lagu yang menguji tahap vocalnya, Kurniaan Dalam Samaran.
Ketika segmen lagu2 pop yang rancak ala broadway.. Set pentas yang mendapat pujian ramai..

(Gambar ihsan www.calmille.com & koleksi peribadi utk baju finale)

Friday, June 26, 2009

Konsert Ekslusif SATU by Dato Siti Nurhaliza 26-28 June 2009

Mari tonton konsert ala Teater Muzikal oleh tenaga produksi from Dato Ct yang bukan calang2 team work! Kejayaan konsert2 terdahulu seperti di Royal Alber Hall London, Istana Budaya, Bukit Jalil dan byk ;agi.Kali ini Istana Budaya memberi kepercayaan lagi buat Diva Malaysia ini utk beraksi dlm satu konsert yg dgr khabar ala Teater Muzikal.. Aku akan ke konsert ni di malam terakhir 28 June ini utk saksikan kehebatan penyanyi Nombor 1 Malaysia ini...

P/S: Ulasan lanjut selesai konsert ini kelak...

Sunday, June 21, 2009

Lagi-lagi citer Nasi Minyak


Just nak say Selamat Berbahagia buat Chot & Lidya... Chot Vocalist Group "BAU" yang popular ngan lagu Warkah selamat naik pelamin maka bertambahlah lagi geng coursemate aku yang tamatkan zaman hula hup bujang diorg... Dengan ini aku aka rasa seru dh x lama lagik....hahahaa... Manjer...giliran kamu pula..pehtu adakah aku menyusuk???? Kita Tunggu!!!

Wednesday, June 17, 2009

Tunggu Giliran..Sabor ye Amoi!!!

Orang nak on9 dia pun nak jugekkk!!!! Sabo yew Amoi, sapa cepat dia dapat!!!

Wednesday, June 10, 2009

Penyatuan dua jiwa- Rohaya&Soufi

Tarikh: 6 June 2009
Tempat: Kg Tarun, Lenggeng N9
Busana : Yon Ramzi
Solekan/Dandanan: Yon Ramzi & Rohaya

Segalanya terjawab setelah sekian lama menanti hadirnya cinta suci. pelbagai halangan ditempuhi tahun bertahun akhirnya Abu Soufi berjaya menambat hati Rohaya utk disunting menjadi suri dalam hidupnya.

Perkenalan yang diatur oleh sepupu sendiri membuahkan hasil apabila masing2 mendapat respon yang positif. Bak kata orang "kalau jodoh tak kemana". Ajal, maut, jodoh pertemuan di tanganNya.

Mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas setelah dari pertemuan yang singkat dan tidak mengambil masa yang lama akhirnya 6 June 2009 termatrilah penyatuan dua hati... Selamat Berkekalan hingga ke akhir hayat...amin... Ikhlas dari kami yang mendoakan...

Sayonara Yaya yang telah selamat sampai ke penempatan kehidupan barunya di Pulau Mutiara.



Putih berseri dan suci di pagi majlis pernikahan yang disaksikan seluruh kaum keluarga tercinta.


Majlis persandingan yang meriah dan dihadiri ratusan dan juga memcecah ribuan teman taulan. Persandingan yang simple dan meriah di serikan dgn kehadiran semua sepupu tersayang... Peace!!!!

Antara temanku yang turut sama hadir memeriahkan majlis..Thankss Esh & Peet
Related Posts with Thumbnails