Saturday, August 15, 2009

Nestle Family Day 09

Sunburn!!! Tu lah benda 1st aku ckp balik dr family day ni. Adoi!!! Cukup x suka bila tina warna bertukar gelap!!!!
Masuk je kat Thistle Resort Port Dickson mata aku terpegun dok tgk kata dlm hati, lawa nyer!!! patutlah 1 malam bilik nyer mahey..taraf 5 stars. Aku 1st time joined family day ni n aku rasa Ok gak le coz ramai yg pergi ni 1 kepala.. Sampai2 sana jer dh kene paksa masuk telematch!!! Teruja sebab lama x jd gila mcm ni hahahah!!!

Kami sempat merogol pokok kelapa ni secara berjemaah!!! hahahahha

Game "sapa panjang dia menang"... Semua nk masuk group aku coz leh menang le kunun! K.Ina yang dr group asal sanggup tglkan group tuh nak joined group aku akhirnya group yg ditinggalkan menang..Nyesei ye kak....ahhaa..pasei apa kita x menang??? rasa dh cukup panjang???


Walaupun panas....senyuman senantiasa terukir coz nak pose!!!!


Nama game ni "ting tong" Mula2 larik n pusing 5kali pehtu larik g amik kwn kt dlm group tuh.. yang kelakarnya, K.Ida silap amik org group lain pasei dah fening2 lalat..hahaa.. Aku plak larik maintain walaupun sebenarnya aku rasa aku larik dah mcm hindostan!!! haha.. pening siot tp enjoy!!!
Da;am keletihan da kepanasan kami sempat posing...wajib nih!!!

Tuesday, August 11, 2009

Working Like a Machine???

Bekerja macam mesin??? Berehatlah sebentar bersama Kit Kat... Atau.. Working like a machine? Have a break have a Kit Kat... Human Vendor machine yang diletakkan manusia di dalam tuh utk memberi Kit Kat secara manual kepada pelanggan jarang kita temui. Inilah motto baru Kit Kat bg memperkenalkan produknya dan juga disebalik "headline" ituh..

Muka ketidakpuas hatian hahaaa.....

Aku tengah memberi penerangan kepada utk menggunakan mesin ini..

Aku yang try masuk dalam mesin tuh..ades..best gak tapi panas....!!!!

Monday, August 3, 2009

SEARCH Di Awan Biru


BERBALOI-BALOI.... Trademark untuk Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru yang ditaja oleh Celcom Blue. Teruja sgt nak pergi coz nak merasai kehangatan konsert ini kerana rasanya dah lama Search tak buat konsert besar macam ni. Kehadiran beribu peminat setia Lagenda Rock ini bagaikan satu impak besar utk konsert kali ini. Jika siang tadi warga ibukota dikejutkan degan perhimpunan bantahan ISA, malam pula bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club Malaysia perhimpunan pencinta2 muzik Rock tak kira umur pula berkumpul bagi membakar satu semangat kental memberi bahang konsert ini.

Persembahan yang bermula agak lewat hampir jam 10 malam kadang kala mendinginkan semangat peminat Search tapi itu tidak menjadi halangan untuk mereka terus menantikan satu persembahan yang dikira hebat oleh kumpulan yang hampir 28tahun ini. Dalam seronok kitaorg layan lagu2, tetiber sound boler bikin spoiled plak... Persembahan terhenti selama 5 minit dan semua org dah muka berang dan bengang...Biaserlah Mat2 Rock dah semangat waja.

Tetiber semua dah OK, Amy teruskan dgn lagu Laila Namamu Teratas yang membuat semua nyanyi sama2 termasuklah aku. Penampilan buat sekian lamanya bekas gitaris mereka,Kid memberi satu ubat rindu pada semua takala Kid "goreng" gitarnya utk lagu berhantu Isabella. Aku pun sama layan nyanyi sama apatah lagi pastu Amy dengan semangatnya (walaupun dah hamoir usia 50-an) hayunkan rock dgn lagu2 killer songnya, Pelesit Kota, Pawana, Gadisku dan finale lagu yang sgt popular sampai negera seberang, Fantasia Bulan Madu... Aku rasa cam x puas coz byk lagi lagu2 killer song yang Amy x nyanyi cth Fenoma, Rozanna.. Maybe dia byk nak tjukkan ini konsert utk semua layan Rock Gila Babias dan bukan Rock Kental ala Unplugged!

Rumusannya kuda2 kat kelab tu pun rasa nyampah sebab tempat dia dah dibanjiri dgn mat2 Rock yang rambut kalah ekor dia..hahaha... Sound system sedikit "koyak"...Yang lain OK.. yang pasti aku jadi jahat panjat pagar masuk kwns "Celcom Blue"..mana taknye bai, gia tak nmpak coz diorg semua halang gua...!!!!! Chioww...

Aku ngan cousins. Kami datang awal coz nak rasa bahang ROCK tuh... Lompat jgn x lompat sampai terburai perot. Lompat over Abg Amin yang cobe nak menayangkan perotnya yang "1 pack" tuh, kedua Payod yang keciciran HP lepas lompat..naseb ada yg pasan. Ketiga aku yang lompat di beri nama lompat maintain cute wakaka.. Kak Ina last sekali..Lompat mcm mana pon dia tetap lompat terendah!!! Berat muatan kowt???


Yeahh!!! Pic kesukaan aku.. Rasa dah macam kat era Rock 80-an plak...Yang watak sebok pakai cap tuh...Rosak gambo..sapa ntah interprem tetiber. Lu rasa ok tak bai???

Persembahan mantap Amy Search malam tuh... kali ni Rock bertemakan Botak hahaa.. no kore dah rambut panjang mengurai siap leh libas2 lagik..tapi itu aku rasa mmg berbaloi-baloi!!!


Kami kepenatan...mana taknya berdiri lama siot... Ni amik mood regang2 kan kaki... kalu x duduk2 aku rasa esok kebas kaki aku.. tapi muka aku amatlah ngantoknyer coz dh hampir lewat malam...time tido kot..
Related Posts with Thumbnails