Saturday, October 31, 2009

Transformasi Workstation

Sajer nak kongsi 2 pic ni dan byk perbezaannya dan emosinya..

Workstation lama di Head Office PJ. Time ni semua dh clear coz barang dh antar archive. Miss giler tempat ni coz x terdedah dekat org ramai so ala2 privacy!


Ni lah tempat baru aku di Surian Tower... Time ni masih lagi nakn sesuaiskan diri di tempat baru. Kerusi and segalanya serba baru dan selesa tapi x sama ngan "mood" workstation lama.

Wednesday, October 28, 2009

Cuci The Musical Theater

Last menet dapat invitation from Tedd utk tgk Cuci The Musical (CTM) ni. Mula2 ragu2 coz penah di cancel coz tix yang kami dapat (drpd ensemble actor - thanks Acap & Apai) sebab terpaksa bagi kat press2. So Sabtu lepas Acapa bgtau boleh dtg tgk show jam 3pm. Dalam bersiap aku and nak kuar umah ke Setiawangsa coz nak tumpang my Tayunk, Isis, Apai plak kol & bgtau ada 2 tix khas utk aku yang dia dh janji and kene amik kat dia dlm kol 2.30 coz dalam kol 2.45 dia kene standby utk show jam 3...Aku lak dah mcm serba salah...Nak tak nak aku buat plan awal and kalu sempat sampai awal jumpa Apai utk amik extra tix..Semuanyer dlm keadaan yg rushing. Nak kol org nak ajak rasa2 ada ke org yg mampo dlm masa 1/2jam utk smpai ke Istana Budaya???? Aku abaikan semua ini dgn tema selfish coz asyik nak jaga hati org jer nanti ati akun sakit sesajer....

Aku, Tedd & Isis tiba sedikit lewat and Waja & Kash dah smpai dulu siap amik tix drpd Acap. Apai kol coz tgu aku x tiba2 and aku ckp jumpa after show!!! Kami lewat 15 menet and terus masuk dalam Panggung Sari. Wah..kami dok bawah... Apa lagi kami enjoy le the show tuh.


Rumusan aku nak ckpkan CTM ni lain dr lain. Entah apa terbuku di benak rasa cam sama ngan filem sblm ni tapi ianya agak lain. Pemiliham pelakon yang sgt best. Jalan cerita mula agak suram maybe x paham sgt cz lewat tapi dh dibuai ngan persembahan lagu, tarian dan 4 watak penting yang masin2 memberikan persembahan yg mantap. Tahniah buat :

Afdlin Shauki : Macam biaser x kering idea dan kdg2 nak buat kita nangis pon ada. Tak bole dipertikaikan bakatnya

Hans Isacc : Hero dalam citer ni, agak kekok sikit 1st time di lantai teater tapin nmpak dia bersungguh utk memberikan yang terbaik

Ac Mizal : Ya Tohan......aku rasa gegaran dlm panggung coz lawak dia yg sgt x kering gusi... Dia yang byk menghidupkan mood dlm teater ni... pengalaman berlakon teater PGL sblm ni membuatkan AC yakin di pentas teater.

Awie : watak yang cool dan kdg kala buat org ketawa besar bila bergandingan ngan aweknya dlm citer itu iaitu penyanyi hebat Adibah Noor, Kloborasi yang mantap ganteng!!!

Selain drpd itu watak2 lain pun dijayakan dgn baik iaityu Heroinnya Vanidah Imran, ratu teater yg x leh dipertikaikan. Vee nyanyi pon not bad. Harith Iskandar, watak antagonis PHD yang funny. Adibah Noor, adus..Kak Dib mmg hebat, masakan diberi standing ovation dr audiens apatah lagi bila dia mengalunkan suara tatkala bernyanyi dan Ramli Hassan yang x kurang hebatnya dgn scene "goreng pisang"...

Aku sarankan sapa yang tak tgk lagi make sure kene g and percayalah yang korang akan mengatakan ttg kehebatan teater ini dan sure x kering gusi walapun set nya kurang boom tapi korang mampo???? tak mampo kan???? Hebat dan Syabas buat semua tenaga produksi dan x lupa penari2 dan ensemble!


Next??? Natrah kot......!!!!


Posing jgn x posing. Acap sempat nyangkung nak posing dan pastu sambung utk show mlm plak jam 8.30pm...

Sunday, October 25, 2009

Goodbye PJ Head Office, Welcome Surian Tower Damansara

23rd October adalah hari terakhir semua staff Nestle mengakhirkan tempat berteduh utk mencari sesuap nasi di Head Office Petaling Jaya di Lorong Persiaran Barat. Kitorang akan memulakan periok nasi kami dlm mencari rezeki di banggunan baru di Surian Tower,Mutiara Damansara yang sebelah je ngan Cineplex tuh. Rasa rindu jugak kat PJ (mau tak, dekat plak dr umah aku n LRT) tapi teruja gak nk kije kat banggunan baru yang tenmpat nye happening tuh (rabak lah duit).
Wajah terkahir Head Office di Petaling Jaya. Syarikat CROWN tgh sebok dok mengangkat boxes archive.Nilah gambar new offive we all di Surian Tower, Mutiara Damansara


Penurunan bendera2 buat kali terkahirnya melabuhkan tirai kami di situ. Sedey jer kan!!! Macam time2 Malayan nak Merdeka saje.
Kami diberi masal selepas 12.30pm diarahkan utk segera mengosongkan bangguna yang pasti kami berempat antar terhegeh-hegeh yang turun sebab sebok dok buat diskusi umpatan kat atas hahaaa.....

Wednesday, October 21, 2009

Kehebatan PAPADOM!

Tidak sia2 jika filem ini diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Menggondol pelbagai kategori antaranya Cerita Asal Terbaik oleh Afdlin Shauki juga sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay) dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Permulaan jalan cerita sehingga penghabisan yang tidak aku terasa kerana plot2nya diisi dengan begitu cemerlang. Antara filem koedikekeluargaan yang aku rasa terbaik buat masa ini. Ada gak babak sedih tapi ianya di corakkan sedikit elemen jenaka. Syabas buat pengarahnya yang juga idolaku, Sfdlin Shauki. Sapa2 yang tak menonton lagi pergi segera!!!


Berikut Sedikit intipati dalam PAPADOM!


Judul: PapaDom

Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.

Genre: Drama / Komedi

Pengarah: Afdlin Shauki

Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd

Kos penerbitan: RM1.44 juta


Pelakon:

Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan: 8 Oktober 2009


Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

Tuesday, October 13, 2009

L@st Call Wan Open House

Sejuk mata memandang bila Pink & Purple disatukan... Kombinasi warna pastel yang mmg sedap mata memandang. Telah saban tahun diadakan (rasa mungkiAdd Imagen kali ketiga jika tidak silap)dh mcm tradisi acara tahunan raya oleh Wan Khairy aka Last Call Wan (LCW), kemeriahan nyer sering terasa. Aku buat julung kalinya dtg sertai cz tahun2 lepas aku asyik g fly jer...Last 2 year i think bz ngan wedding kot n last year aku liburan di Bali. Kali ni mesti keen stg coz cm z best gak sebab asyik muka aku takde...

Tetamu yang hadir pelbagai ragam, ada yg aku lama kenal, ada yg kenal dlm gitu tp x pnh tegor sapa n adayg x kenal langsung.Muka2 baru pon ada...hehe..maybe aku je x kenal coz jarang berjumpa. Arituh gak bagai medan perjumpaan rakan lama yg busy dgn aktiviti harian dan busy ngan aktiviti rumahtangga yang baru di bina. Kalu x de LCW buat cm ni, sure x jumpa2 diorg tuh......Setuju???Arituh gak ala2 pre birthday LCW yg jatoh 2 hari sblm tuh ....Happy Birthday Wan. Tak nak komen banyak coz tuan umah sendiri mesti punya cerita menarik di sebalik majlis ni.. search aja kat LCW ni.. Anyway thankss to LCW coz x jemu2 jemput aku, to Maksu, Firdh, Lutfi, Wan coz kasi kebenaran amik pic2 dr korang and to Cece coz tumpangkan aku g umah wan...Sorry cece kali ni x de buah tgn cekelat utk ko.... Thankss to Amal & Achu jd iron chef hehe..


Pink VS Purple....

Potret raya kami, dari depan kiri LCW (tuan umah), Amal & Syed Sobrie.
Duduk dari kiri Mir, Louie, Me & Cece
Berdiri dr kiri Achu, Maksu & Firdh

Candid....x tau nk pandang camera mana time ni.

Kami tak bersedia weeyyyyyhhhh!!!

Orang yang susah aku nak jumpa tapi sering merindui mereka...
Syed, Am, Faysal & Me...

Sunday, October 11, 2009

Confectionery Makan Raya

Mr Andrew Cooper (AC) bagi ucapan Raya...haaa..walhakl x sabar nak "makan"

AC with my Reinart tgh diskus apa ntah, Wanie kusyuk makan....

Menu2 yang ada time tuh.lupa lah sebab sebok bancoh ayaq Ribena + Ice Cream Soda, currlastt ko Maria!!!!

Antara chef yang bertungkus lumus arituh...

Makan time...hehhee...syiok....gumuk2!!!

Pic ni pic wajib...yang bawah ni pic awal tahun .....lihatlah perbezaan kami!!!!!

Related Posts with Thumbnails