Wednesday, January 28, 2009

MAUT - Menginsafkan Golongan Hampir Murtad

Tajuk yg aku sertakan mungkin kerana kebanyakkan cerita perwatakkannya hampir ke dosa besar dan boleh mendatangkan murtad dlm islam... Contohnya Arak yg sebagai islam kita tahu akan dosanya yg menjadi darah daging kita. Setitik arak 44kali taubat baru kita diterima Allah, bayangkan segelas??? Wallahhualam... kita sbg manusia x bole nak berikan pendapat sgt juga spt aku yg masih belajar lg dlm bab2 ni..Belom masuk soal solat, puasa, menderhaka kepada ibu bapa. Semua ini di tunjukkan dalam filem MAUT.


Kesedaran itu akan wujud sekiranya iktibar yg kita dpt pabila menonton. Bagi aku Bade Hj Azmi berjaya sampaikan mesej besar dlm filem ini. Tak hairanlah ada yg tertunduk tatkala keluar dr menonton filem ini. Aku juga bagaikan belajar dr segala keinsafan yg aku temui. InsyaAllah, dgn adanya filem2 seperti ini, kita semua yg matang ni dapat berfikir secara rasional baik buruknya kita di dalam dunia yang hanya pinjaman ini. Segalanya akan musnah dan kita tinggalkan bila2 masa sahaja.... Akhirat juga yg kekal..


Berikut sedikit sinopsis yg aku petik ihsan dr -> Budiey Blog

Cerita 1:
Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.
Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?

Cerita 2:
Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?

Cerita 3:
JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?

Salah satu scene paling gerun. Balasan pada org islam yg minum arak, tak pakai tudung dan mcm2 lagi.Ianya hanya ilusi dr koma dan tiada kene mengena dgn tafsiran lain spt cth seksaan neraka.

7 comments:

Mohd Sufian said...

Sebuah cerita yang menginsafkan tetapi tergantung. :D

.::EdDy BaNoD::. said...

dia nak kita semua berfikir dan renung sejenak.....adakah kita di dlm golongan2 itu?

Mohd Sufian said...

Yerp2, betul2.

Pelakon2 cite tuh perlu penghayatan yg lebih mendalam. Kehkah...

Mana taulahkan~, dunia glameresss. Belakon tetap belakon, tapi ralitynya mana taukan. :D

.::EdDy BaNoD::. said...

que haidar x leh dsangkalkan lg lakonannyer..mantap..liyana jasmy agak klise but... percubaan 1st sabrina hassan yg patut n harus diberi pujian..

Anonymous said...

Tingin nk pi nengok cite ni..
Tp x de sape nk teman..
Huhuhuhu..

.::EdDy BaNoD::. said...

mmg nk ajak p tp x taw nk contact cmner

~~Ms.LuVLyHoNeY~~ said...

betul banod..cite ni mmg menginsafkan kita dr pada terus hanyut...cuma yg frust sket sbb tergantung mcm tak ada penyudah...yg betul2 berkesan kisah 2 & 3...paling takut apayg dihadapi oleh pramugari tu siksaan dlm neraka tu..ngeri sgt...betul2 menginsafkan kita

Related Posts with Thumbnails