Tuesday, September 29, 2009

Eid 1430 - Salam Sinar Lebaran

Ramadhan melabuhkan tirainya tatkala Syawal menjelma. Di Kesempatan ini aku nk ucapkan Salam Aidilfitri Minalaidilwalfaizin dan maaf zahir batin kepada semua blogger2 yang sudi jenguk blog aku. Sorry aku agak kesibukkan and x sempat nk reply any komen and nk buat entry baru. Raya menjelma lagi and Alhamdulillah aku masih lagi dapat meghela nafasku pasa syawal kali ini.

Seperti biasa aku beraya bersama keluarga kat rumah Mak Long yang kami dh anggap mcm kampung coz kampung sebenar di Jelebu (x jauh dr umah M.Long) dah x de sapa2 since nenek aku yang kami semua panggil "wan" dah meninggal dunia. M.Long n family gak le tempat kami berlindung since pulangnya bonda dan ayahanda ku ke rahmatullah yang hampir berbelas tahun.

Kali ni raya kureng sikt coz ramai kazen2 yg bz ikot giliran balik uamh mentua sana ngan akak aku yang sehari sblm raya dh terbang ke Sarawak (over Farisya asyik tido je dlm flight). Dua hari sblm raya sempat gak aku, Ryna & K.Iefa amik mood raya sambil jalan2 coci mata kat Jalan TAR.. pastu kami borak2 n lepak2 sambil bermafan. Tedd plak sempat berbuka puasa kat umah pada mlm sebelom g Jln TAR tuh...Dia penutup berbuka ku bersama teman...

Mcm biasa pagi raya lepas solat sunat we all bermaaf-maafan..Yang pasti aku setitik air mata x kuar pon coz kebal kot??? Pastu g ziarah pusara nenda ku. Ptg sikit balik Rembau ziarah pusara Ayahanda ku dan ziarah sanak saudara belah Ayahanda ku di sana. Raya ke dua pulak ziarah pusara Bonda ku di Jelebu dan melawat rumah kampung Nendaku yang dh lama tinggal tp bersih jer..Sempat kitaorg mengabadikan kenangan amik gambo kat rumah kesayangan ramai tuh..Time tuh lah rasa sayu and terkenang raya dolu2.... Yang pasti nai Myvi yang bau kedai!!!

Aku cuti seminggu dan apa lagi rest rest rest...makan makan makan...sampai badan naik 2kg dr 68kg skang dh jd 70kg cam mana????? paperpun Syawal kali ini hope dpt menjalinkan lagi silaturrahim yang lama terpisah..... Salam Sinar Lebaran 1430 buat semua.....

Aku bergaya dengan busana baju melayu cekak musang warna "peach" yang material nya aku beli kat Jakarta arituh and aku tempah kat tailor peberet aku kat Wisma Confident!!! huhu Songkok???? x leh pakai lama2 coz aku mudah pening!!!

3 jejaka yang beratur ikot ketinggian...la..pesal aku tinggi???hehee Me, Fariz & Azim
Imbau balik kenangan kat depan rumah "Wan"...Kalu nak tau..since dolu lagi kalu nk bergambar mesti kat depan tingkap ni!!! Lompat!!!!


Candid2 bersama Ryna yang kak Iefa snap time jln2 coci mata sekitar Jalan TAR...

With Tedd yang nak nunggu buka puasa Ayam masak madu aku hahaa....Shades x nak bukak ni..x pe x pe..cumel!!!!!

1 comment:

Related Posts with Thumbnails