Thursday, July 30, 2009

Manjer..Akhirnya...!!!!

Mungkin post kali ini agak terlambat (sebab tunggu fresh pic dr tuan empunya diri) tapi aku tetap nak wish tahniah buat Manjer aka Intan aka Mak Hayam Serama dan pasangan Comel aka Farid fadli coz dah mengikat tali pertunangan mereka pada bulan lepas, 27 June 2009. Majlis berlangsung di Simpang Pulai, Perak. Aku x dapat memeriahkan majlis coz ada kerja penting yg aku lakukan di KL but aku senantiasa doakan kome bedua panjang jodoh sampai naik pelamin.. Kompom aku dtg berkampong yew!!!
Hadapilah dugaan bertunang ni ngan cekal yew.. Usah gado2, majuk2, sentap2 yew! X sabo nengok kome naik pelamin.... Yang pasti, semua dh selesai..aku jer lom..haishh!!

Pose sopan dari Mak Hayam Serama.. I like your dress and make up..Nanti kahwin lagi hebat tau!!!
Kalu dah "Mak Hayam" tuh, pose ala2 "Mari Sembah Ratu" tetap x boleh lari...

Pic Aku, Manjer & Farid Fadli (manja's fiance) time wedding Atom.

Sunday, July 26, 2009

BELASUNGKAWA - Yasmin Ahmad


Yasmin Ahmad…1958 - 2009


BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.

Nama : Yasmin Ahmad

Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit

Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor

Tarikh Lahir: 1958

Meninggal Dunia : 26 Julai 2009

Status Perkahwinan: Berkahwin

Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)

AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett

2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin

Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)

Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)

Penerbit:2005 Raining Amber

ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales

PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina

PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press

LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga; Bapa - Ahmad HashimIbu - Inom Yon

Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
Al-Fatihah....

Thursday, July 23, 2009

Rindu giler rambut time ni



Sajer nak kongsi sikit kenangan lama.. Korek2 album dok kemas2 aku jumpa lah 2 keping gambo ni.. Nak gelak pon ada tp rasa nilah paling panjang rambut yang aku simpan sekitar tahun 2003. Time tuh aku baru abis study and nak tunggu Konvo... Aku 1st keje after study di Plaza Imbi kat company Convenience Shopping Centre Sdn Bhd (7-Eleven). Aku kije time ni nak tampung duit belanja diri and nak bayar duit konvo..


Nak bela balik rambut panjang camni adus..sengsara giler... Aku ni bukan leh rambut panjang sgt coz cpt rimas and nanti naik ruam kat leher... dah le tebal, lebat plak tuh. Time konvo pon rambut aku panjang and aku buat keputusan untuk gunting dalam ujung tahun 2003 bila aku rasa cam rambut byk gugur and rimas. Walau papepun aku rindu rambut aku ni yang time tuh feeling2 nak sama ngan Anuar Zain coz time tuh rambut dia pajang camni gak.. Semuanya tinggal kenangan manis bagi aku.... adus....syahdunyer..hehee
Pic2 ni time kat Taman Tasik Perdana time ada pertunjukkan landskap..

Sunday, July 12, 2009

Sis Diana's Engagement


Aku nak ucapkan Selamat Bertunang buat my lovely sis Kak Diana & pasangannya Abang Fahmy yang telah selamat di tunangkan pasa 12 July 2009 dan Happy Birthday untuk Kak Diana 13 July 2009. Semoga mengharungi alam pertunangan dengan penuh sabar dan x sabar tunggu masa dan harinya utk disatukan kelak.

Tema merah jambu membangkitkan rasa romantis pada majlis ini. Kak Diana yang berseri dgn sentuhan solekan oleh Emma dan busana Cosry. Cun.. Congratulation to both of u! PEACE!!!


Pic sis Diana & tunangnya Fahmy ketika menjadi model baju dan solekan pengantin oleh Zulfazli.


Me & Sis Iefa....balik dr Bandung dia terus fetch aku kat umah..eh jap..bukan terus yer..dia sempat tertido dolu...patotlah lambat....

Me & sis Diana....

Me, Sis Diana n her bestfriends Sis Iefa


Candid tgk smsm dekat HP yang retak hahahaaa...


Posing2 sebelom balik....

Friday, July 3, 2009

LELAKI INI - Anuar Zain

Buat julung2 kalinya konsert sulung pertama di Malaysia Anuar Zain telah diadakan selama dua hari berturut-turut 1 & 2July 2009 yang berlangsung di Istana Budaya, panggung bertaraf dunia. Persembahan konsert LELAKI INI yang diiringi Okestra Simfoni Kebangsaan ini memuaskan ramai pihak terutama sekali para peminat kesygn beliau. Pemilihan lagu2 berhantu beliau (ada byk gak yg x nyanyi dr album baru ni...frust aku) dah macam nyanyian karaoke beramai-ramai dr semua penonton yang suppoting malam tuh. Aku sendiri terkumat-kamit sama2 nyanyikan semua lagu2 beliau (lagu2 lama dia pun i hafal ok, nak2 lagu peberet zaman aku kecik "kesan kelukaan").. Tribute utk 4 lagu lama yg mungkin diminati beliau sukup meremang tatkala mengalunkan vocal yang x leh dipertikaikan lagi spt Penantian by Arwah Zubir Ali, Berdiri Seorang Perindu-Ibnor Riza, Epilog Cinta dr Brombley-Sohaimi Mior Hassan dan Mengapa Perpisahan yang kau Pinta-Gingerbread.

Segmen terakhir Anuar nyanyikan 3 lagu yang paling meletop dewasa ini spt Ketulusan Hati, Lelaki Ini dan finale lagu Perpisahan...Aku rasa bagaikan x puas jer mlm tuh. Anuar!! I need more!!!! Pentas yg simple but menarik tp aku x pueh ati ngan sound system yang kureng tp seb baik abang kita ni sore power..tak payah guna mic pun leh dgr satu Panggung Sari. Anyway..syabas buat penyanyi lelaki kesygn aku dan juga kesygn ramai Anuar Zain. We all dahaga lahi konsert2 anda2 masa akan datang... Keep up the good work!!! Love...


Posing kat poster Konsert Anuar zain...hehe..tunggu yang lain tiba..




Aksi2 sepanjang konsert berlangsung. Gambar ihsan dr picasa web album fans club Anuar Sendiri dan koleksi peribadiku. Maklumlah x mcm konsert SATU dpt dok depan..sbb lambat dpt informasi

Lepas show perot lapo..Lepak mkn kat OldTown Yap Kwan Seng!!!
Related Posts with Thumbnails