Monday, August 3, 2009

SEARCH Di Awan Biru


BERBALOI-BALOI.... Trademark untuk Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru yang ditaja oleh Celcom Blue. Teruja sgt nak pergi coz nak merasai kehangatan konsert ini kerana rasanya dah lama Search tak buat konsert besar macam ni. Kehadiran beribu peminat setia Lagenda Rock ini bagaikan satu impak besar utk konsert kali ini. Jika siang tadi warga ibukota dikejutkan degan perhimpunan bantahan ISA, malam pula bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club Malaysia perhimpunan pencinta2 muzik Rock tak kira umur pula berkumpul bagi membakar satu semangat kental memberi bahang konsert ini.

Persembahan yang bermula agak lewat hampir jam 10 malam kadang kala mendinginkan semangat peminat Search tapi itu tidak menjadi halangan untuk mereka terus menantikan satu persembahan yang dikira hebat oleh kumpulan yang hampir 28tahun ini. Dalam seronok kitaorg layan lagu2, tetiber sound boler bikin spoiled plak... Persembahan terhenti selama 5 minit dan semua org dah muka berang dan bengang...Biaserlah Mat2 Rock dah semangat waja.

Tetiber semua dah OK, Amy teruskan dgn lagu Laila Namamu Teratas yang membuat semua nyanyi sama2 termasuklah aku. Penampilan buat sekian lamanya bekas gitaris mereka,Kid memberi satu ubat rindu pada semua takala Kid "goreng" gitarnya utk lagu berhantu Isabella. Aku pun sama layan nyanyi sama apatah lagi pastu Amy dengan semangatnya (walaupun dah hamoir usia 50-an) hayunkan rock dgn lagu2 killer songnya, Pelesit Kota, Pawana, Gadisku dan finale lagu yang sgt popular sampai negera seberang, Fantasia Bulan Madu... Aku rasa cam x puas coz byk lagi lagu2 killer song yang Amy x nyanyi cth Fenoma, Rozanna.. Maybe dia byk nak tjukkan ini konsert utk semua layan Rock Gila Babias dan bukan Rock Kental ala Unplugged!

Rumusannya kuda2 kat kelab tu pun rasa nyampah sebab tempat dia dah dibanjiri dgn mat2 Rock yang rambut kalah ekor dia..hahaha... Sound system sedikit "koyak"...Yang lain OK.. yang pasti aku jadi jahat panjat pagar masuk kwns "Celcom Blue"..mana taknye bai, gia tak nmpak coz diorg semua halang gua...!!!!! Chioww...

Aku ngan cousins. Kami datang awal coz nak rasa bahang ROCK tuh... Lompat jgn x lompat sampai terburai perot. Lompat over Abg Amin yang cobe nak menayangkan perotnya yang "1 pack" tuh, kedua Payod yang keciciran HP lepas lompat..naseb ada yg pasan. Ketiga aku yang lompat di beri nama lompat maintain cute wakaka.. Kak Ina last sekali..Lompat mcm mana pon dia tetap lompat terendah!!! Berat muatan kowt???


Yeahh!!! Pic kesukaan aku.. Rasa dah macam kat era Rock 80-an plak...Yang watak sebok pakai cap tuh...Rosak gambo..sapa ntah interprem tetiber. Lu rasa ok tak bai???

Persembahan mantap Amy Search malam tuh... kali ni Rock bertemakan Botak hahaa.. no kore dah rambut panjang mengurai siap leh libas2 lagik..tapi itu aku rasa mmg berbaloi-baloi!!!


Kami kepenatan...mana taknya berdiri lama siot... Ni amik mood regang2 kan kaki... kalu x duduk2 aku rasa esok kebas kaki aku.. tapi muka aku amatlah ngantoknyer coz dh hampir lewat malam...time tido kot..

2 comments:

Megat said...

nice concert!! nampak macam menarik...even minat amy tapi bukan hardcore..dat's y la ko x nampak aku kt sana haha

Fairuz Selamat said...

gmbr yg kedua tu.. lompat kemain.. tp pose tu mcm kakpah ar..!! mse dia dlm lonkang tu... erkkkk..

lariiii

Related Posts with Thumbnails