Wednesday, October 21, 2009

Kehebatan PAPADOM!

Tidak sia2 jika filem ini diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Menggondol pelbagai kategori antaranya Cerita Asal Terbaik oleh Afdlin Shauki juga sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Liyana Jasmay) dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Permulaan jalan cerita sehingga penghabisan yang tidak aku terasa kerana plot2nya diisi dengan begitu cemerlang. Antara filem koedikekeluargaan yang aku rasa terbaik buat masa ini. Ada gak babak sedih tapi ianya di corakkan sedikit elemen jenaka. Syabas buat pengarahnya yang juga idolaku, Sfdlin Shauki. Sapa2 yang tak menonton lagi pergi segera!!!


Berikut Sedikit intipati dalam PAPADOM!


Judul: PapaDom

Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.

Genre: Drama / Komedi

Pengarah: Afdlin Shauki

Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd

Kos penerbitan: RM1.44 juta


Pelakon:

Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan: 8 Oktober 2009


Sinopsis Filem PapaDom:
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.

2 comments:

AdiE said...

yeah!! cite nie mmg layak menang best film pon...
so cool!!!

.::EdDy BaNoD::. said...

kan jimmy kan..cool...

Related Posts with Thumbnails